Saturday, June 12, 2010

bisa charlie.....

kesan gigitan charlie...charlie @ rove beetle

  • nama saintifik : Staphylinidae
  • spesis : Paederus fuscipes Curtis
  • nama glamour : semut kayap, charlie
  • nama am : rove beetle

Ramai yg x tahu mengenai kewujudan serangga berbisa ini. Bahayanya kita x blh bayangkan. Aku sendiri penah terkena di tangan. Ia meninggalkan satu kesan spt kesan melecur... Charlie ini selalunya menyerang ketika kita sedang lena diulit mimpi. Esok2 bngun dah dpt 1 mark...klu kecik x pa,skali dia bg panjang 1 kaki da.....

Pada kebiasaan,charlie akan muncul semasa atau selepas waktu hujan kerana ia memerlukan tempat yg kering. Ia akan hinggap di atas lantai,tilam & diatas siling. Ia mempunyai sayap halus utk membolehkan ia terbang kemana-mana sahaja.

Ada satu ketika dulu,time aku blajar kt 1 tempat nie(ilp jitra),rmi budak2 yang terkena sengatan charlie nie. Dpa ingat kayap,dpa pi la check kt doc,doc 2 kata bkn kayap...dpa pn pening la,mungkin sbb dpa x tau lg psl charlie nie...Budak2 blik aku pn ada yg kena,kena kt perut,pinggang,betis,blakang badan.....bahaya tul mat charlie nie... Slalu klu aku terserempak dgn charlie, aku tenyeh ja...nk buat mcm mn,terpaksa......

Kepada semua warga2 malaysia,berwaspada lah ngan menatang nie. Kita mungkin x tau kesannya, tp bla dh kena br kita tahu....

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment